KEPUTUSAN
SPM 2002
Tidak lama lagi keputusan SPM 2002 akan diumumkan. Apa khabar semua
calon yang sedang berdebar-debar menunggu ? Anda masih lagi warga teknik.
Justeru pihak sekolah menasihatkan agar anda datang dalam keadaan yang
mencerminkan bahawa anda merupakan pelajar terdidik dan mempunyai sahsiah
terpuji.
Jika anda masih berhutang dengan pihak sekolah [ contohnya SPBT, PUSAT
SUMBER, YURAN KELAB dll ] bawalah wang secukupnya supaya anda dapat
mengambil slip keputusan peperiksaan dengan tenang dan senang. Hubungilah
pihak sekolah, khasnya guru tingkatan tersayang anda jika menghadapi
sebarang kemusykilan !
Akhir kata, semoga anda sukses hendaknya...
PENDAFTARAN PELAJAR BARU - TINGKATAN 4
Jumlah murid yang mendaftar pada 5 FEBRUARI lalu tidak sampai 300 orang.
Dijangka pengambilan kedua akan menyaksikan lebih ramai pelajar diterima
menjadi warga teknik. SMKTBP tetap unggul dan menjadi pilihan ramai...
_
_