Depan
Ucapan Pengetua
Kumpulan G7
Senarai Guru
Senarai Pekerja
Warden Asrama
Kelab Keluarga Teknik
PIBG
   
   
 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana berkat kurnia dan rahmatNya,
maka dapatlah saya merakamkan sepatah dua kata dalam Laman Web rasmi Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu Melaka yang gemilang ini.

Dunia sedang dibawa arus perdana Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Sebagai insan yang diamanahkan untuk memakmurkan kehidupan duniawi dan mencapai kebahagiaan ukhrawi, kita tidak dapat lari daripada turut serta agar tidak ketinggalan jauh di belakang. Justeru, langkah menerbitkan laman web ini merupakan satu daripada langkah positif melengkapkan diri semua warga teknik dengan ilmu Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Langkah ini juga dapat menghubungkan SMK Teknik Bukit Piatu Melaka dengan rangkaian dunia luar secara global di samping memperkenalkan sekolah ini kepada dunia antara bangsa secara maya.

Kepada para pelajar, tanamkanlah minat untuk mempelajari teknologi maklumat untuk kegunaan pada masa kini dan masa hadapan. Saya juga berharap agar ilmu ini dapat dimanfaatkan secara positif agar kita dapat menyumbang tenaga ke arah penzahiran Wawasan 2020.

Akhir kata , saya berdoa kepada Allah S.W.T. semoga keluarga TEKNIK
akan terus maju dalam pelbagai bidang.

" GEMILANG 2005 "

HJ. MOHD SA’AT B ABDUL
Pengetua,
Sek.Men.Keb.Teknik
Bukit Piatu,
Melaka.
2005

 
Hak cipta terpelihara © SM Teknik Bukit Piatu Melaka 2005.