Sekapur sirih daripada Pengetua
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana berkat kurnia dan rahmatNya,
maka dapatlah saya merakamkan sepatah dua kata dalam Laman Web rasmi SMK
Teknik Bukit Piatu Melaka yang gemilang ini.
Dunia
sedang dibawa arus perdana Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Sebagai insan yang diamanahkan untuk memakmurkan kehidupan duniawi dan
mencapai kebahagiaan ukhrawi, kita tidak dapat lari daripada turut serta
agar tidak ketinggalan jauh di belakang. Justeru, langkah menerbitkan
laman web ini merupakan satu daripada langkah positif melengkapkan diri
semua warga teknik dengan ilmu Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Langkah
ini juga dapat menghubungkan SMK Teknik Bukit Piatu Melaka dengan rangkaian
dunia luar secara global di samping memperkenalkan sekolah ini kepada
dunia antara bangsa secara maya.
Kepada
para pelajar, tanamkanlah minat untuk mempelajari teknologi maklumat untuk
kegunaan pada masa kini dan masa hadapan. Saya juga berharap agar ilmu
ini dapat dimanfaatkan secara positif agar kita dapat menyumbang tenaga
ke arah penzahiran Wawasan 2020.
Akhir
kata , saya berdoa kepada Allah S.W.T. semoga keluarga TEKNIK
akan terus maju dalam pelbagai bidang
"
TEKUN USAHA JAYA "
MOHD SA’AT B ABDUL
Pengetua,
Sek.Men.Keb.Teknik
Bukit Piatu,
Melaka.
|