PERATURAN UMUM GERAKERJA KOKURIKULUM
PENYERTAAN / KEAHLIAN MURID :
Tiap-tiap murid diwajibkan mengambil bahagian dalam tiga gerakerja kokurikulum berikut :
1. persatuan/kelab
2. permainan/sukan
3. badan beruniform
KEHADIRAN MURID :
Kehadiran adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan. Sebarang ketidakhadiran mesti disertakan dengan surat kenyataan (akuan sakit/surat daripada ibubapa). Ketidakhadiran boleh dikenakan tindakan tatatertib. Murid yang menganggotai pasukan sekolah tidak terkecuali daripada mengikuti latihan yang telah ditetapkan.
Guru penasihat dikehendaki mengambil tindakan ke atas ahli yang tidak hadir.
KETIDAKHADIRAN DAN TINDAKAN DISIPLIN:
Kali Pertama Nasihat
Kali Kedua Amaran
Kali Ketiga Denda Membina
Kali Keempat dan Seterusnya Panggil Ibubapa/Penjaga
Kerap tidak hadir Keahlian tidak diperakui
JADUAL WAKTU :
Gerakerja Persatuan/Kelab dijalankan pada hari Rabu jam 3.00 - 4.00 petang.
Gerakerja Badan Beruniform dijalankan pada hari Rabu jam 4.00 hingga 5.00 petang.
Latihan Permainan/Sukan dijalankan pada hari ..... pada jam 5.00 - 6.00 petang.
PAKAIAN :
Badan beruniform :
- Pakaian seragam badan beruniform, atau kemeja
-T badan beruniform, seluar trek panjang (hitam) dan kasut hitam.
Persatuan/kelab :
- Pakaian sekolah atau pakaian prep atau kemeja
-T sekolah,seluar panjang (gelap) atau seluar trek panjang (hitam) dan berkasut.
Sukan / permainan :
- Kemaja - T sekolah atau kemeja
- T krusus, seluar trek panjang dan berkasut sukan.
KESELAMATAN DAN DISIPLIN :
Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi segala
peraturan sekolah dan gerakerja kokurikulum.
Setiap murid mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab, amanah, jujur, berkerjasama dan berdedikasi terhadap tugas.
YURAN PENDAFTARAN :
Yuran pendaftaran badan beruniform di peringkat daerah/negeri hendaklah dibayar sendiri oleh ahli. Semua kutipan dan perbelanjaan hendaklah dicatat dalam laporan akaun, buku laporan kokurikulum.
AM :
Setiap ahli badan berunifom/persatuan/kelab tidak
dibenarkan menukar keahliannya tanpa kebenaran
daripada pengetua/penolong kanan kokurikulum/guru penasihat.
Setiap aktiviti hendaklah dijalankan pada hari dan masa yang ditetapkan.
Sekiranya perlu segala pertukaran hari dan masa hendaklah mendapat kebenaran daripada pengetua/penolong kanan kokurikulum.
|